Detoks Badan ? Perlu Ke?
Assalammualaikum pembaca blog Diana yang budiman. Semoga anda sentiasa sihat dan ceria. Pasti anda sudah pun membaca posting sebelum ni tentang Apa Itu Detox, Apa Itu Toksin. Kali ini nak share tentang Kenapa Perlu Detox. Diana harap perkongsian kali ini bakal merubah persepsi anda tentang keperluan ber’Detox’. SEBAB PENTING KENAPA PERLU DETOX 1. BUANG TOKSIN Terdedah terlalu lama kepada toksin (pencemaran alam sekitar, bahan kima, bahan pengawet, racun serangga & logam berat) boleh menyebabkan PENYAKIT MERBAHAYA seumur hidup. Anda rasai seperti telah duduk di tandas selama seharian? Rasa seperti ingin membuka butang seluar anda kerana perut anda sakit? Usus (termasuk kolon) membawa sisa dari tubuh badan anda, namun sebahagian dari sisa ini seperti makanan yang diproses, kurang serat dan telah diperhalusi, serta lemak yang tidak sihat ini boleh terkumpul secara perlahan-lahan dan membuatkannya tersumbat di dalam sistem anda. Inilah sebabnya ...